Home > Uncategorized > lawak tapi kwn aku kate bnd ni nasihat??ye ke?

lawak tapi kwn aku kate bnd ni nasihat??ye ke?

MENIKMATI MAYAT

Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya, kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.

“Pertama…,” doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana menahan loya.

Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.
“Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat semangat!” kata doktor berkenaan.

“Kedua…,” doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari manisnya yang bersarung cincin.

“Saya menjilat jari manis saya, tetapi saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria kedua, iaitu cermat meneliti perincian!” kata doktor tersebut sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: