Home > Uncategorized > Mimpi Ular-Pasangan hidup?

Mimpi Ular-Pasangan hidup?

Assalamualaikum w.b.t buat semua,

lama suda ku x post bite ku disini..ttb skrg aku terasa mcm nk post..jadi bclah..hehe

Post kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang tafsiran mimpi mengenai ular. Tiba-tiba terdetik hati pulak nak tahu pasal tafsiran mimpi mengenai ular bila tengok post seorang dari blogger kita nih. Lagipun sebelum ni,aku selalu je mimpi pasal ular. Mula-mula buat-buat tak layan je. Pastu bila dah banyak kali mimpi pasal ular,aku pun try la cari tafsiran tentang mimpi ni. Puas aku cari buku pasal tafsiran mimpi, saje nak tengok tafsiran die. Nak kata percaya tu,tak la sampai 100% percaya. Lagipun ramai orang cakap mimpi ni mainan tidur je kan.huhu…pasal mimpi ular ni, aku selalu mimpi kena kejar pastu mimpi ular belit leher aku den pastu ular tu kne bunuh..tapi bukan aku yang bunuh, orang lain yang bunuh ular tu… Memang takut gile. Tuhan je yang tahu. bukan sekali kena macam tu. Aduihh..cari punya cari,aku jumpa la tafsiran mimpi pasal ular ni.ni tafsiran die

Tafsiran mimpi mengenai ular :

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.

Wah..terkejut juga bila tengok tafsiran mimpi ni..ingatkan petanda buruk.kalau petanda buruk,aku akan cuba meyakinkan diri yang mimpi hanya mainan tidur..haha..rupa-rupanya ada kaitan tentang pasangan hidup.banyak buku tafsiran yang tulis akan dapat pasangan yang baik dan pasangan kita tu dah ada depan mata.lagi bertambah gembira la hidup aku.

Tapi yang peliknya,bila aku dah tau pasal tafsiran mimpi pasal ular ni, aku langsung dah tak mimpikan ular yang aku “harapkan” ni..haha.sedih2..

Pastu aku pun terfikir semula pasal tafsiran sebenar tu. Siapa la tak gembira kalau dapat pasangan yang baik kan, tapi layak ke aku kalau dapat pasangan yang soleh. Cerita yang aku kongsikan kat atas ni bukan isu utama yang aku ingin huraikan. Teringat pada ungkapan yang sering kudengar.

“Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w”.

Tersentak aku seketika. Kegembiraan aku tadi akhirnya membawa aku menelusuri segenap hati aku untuk mencari kembali dan menilai diri aku dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang aku harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk aku di Luh Mahfuz lagi?sedangkan aku sendiri tidak pasti adakah aku layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah?

“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”-Surah An-nur, ayat 26.

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan “perompak” pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan. Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. dan, buat kaum hawa, andalah yang menjadi tiang para kaum adam untuk berjaya melayari bahteranya, bersediakah anda memberi sepenuh kasih, tumpuan, tenaga dan segala-galanya untuk para adammu?… Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin dan pengikut yang setia lagi sejahtera…Sekian.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
Wallahualam.

(p/s:kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur…hehe)

Categories: Uncategorized
  1. penglipur lara
    August 4, 2009 at 4:21 pm

    marilah kita mulakan langkah kita bersama-sama mempersiapkan diri menjadi muslimah sejati. andai mengharapkan teman yang soleh, persiapkan diri untuk menjadi yang solehah.

    • August 8, 2009 at 1:41 am

      baik…

      • dwi
        October 9, 2010 at 8:54 am

        insya alloh

  2. nazzcaveman
    November 2, 2009 at 3:09 am

    Assalamualaikum dan terima kasih kerana menulis artikel mimpi ni. Benornya malam tadi aku mimpi tedung ular patuk aku dari belakang. Orang yang aku sayang menyuruh aku jangan bergerak, tapi aku bergerak lalu ular itu mematuk aku. Tapi cuma terkena bahagian belakang tali pinggang yang aku pakai dan ada sedikit calar di pinggang aku. Aku tangkap ular itu lalu aku bunuh dan ular itu mati. Sebenarnya aku geli sangat pada ular. Eeeiiii… ngeriiii….

    Apa yang aku tahu, mimpi ini ada martabatnya dan sebahagian dari nubbuwah. Mimpi juga adalah sebahagian dari cara penyampaian wahyu. Tidak kurang juga yang menjadi syariat kita umat Islam sampai sekarang iaitu ibadat Qurban, apabila Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail. Begitu juga dengan Nabi Yusuf yang mukjizat baginda boleh menafsir mimpi. Maka akhirnya beliau dilantik untuk menjaga perbendaharaan Mesir.

    • May 13, 2011 at 1:38 am

      Haha…menarik komen anda…its ok friend…life have to move on..don’t believe too much about the “snake dream”..hee it will cost something if we believe it too much..am I rite? Ape2 pn..Salam perkenalan k..peace of d world

  3. Zayn
    May 19, 2010 at 6:22 am

    Bagus sekali…

  4. insyirah
    January 21, 2011 at 12:46 am

    Alhamdulillah..terang hati kita bca post nie..smoga maju jaya…amin..

  5. Gunawan
    May 13, 2011 at 12:39 am

    Sungguh refleksi yang sangat baik, matur suwun sanget,,
    Kadang kita sibuk mencari pasangan hidup yang sempurna tapi lupa dengan keterbatasan diri yang naif.
    mohon izin share,,,

  6. adyla
    June 24, 2011 at 8:18 am

    assalamualaikum semua…sini sy nk kongsi mimpi pasai ular ni.sy slalu mimpi ular.mimpi ular tiba-tiba muncul depan muka sy time sy basuk muka pastu kejar sy sampai dlm rumah.mimpi lg,nampak ular byk.mimpi lg kemana je sy pergi ular tu asik ikut sy jew.mimpi lg ular tu masuk dalam rumah dan duduk belakang sy….hmmmmmm pening xtau makna sebenar kemmunculan ular2 tu dlm mimpi…tlg explain plxxxxxxxxx

  7. ingintahu
    July 4, 2011 at 3:17 am

    hehehe sy pn ada mimpi ular..byk kali..da hari tu mimpi kena kejo..ular tu hmpir2 nk patuk..tpi sy sempat elak..wah terer nya.hehehe da gak mimpi ular nk belit..tpi xtaw np tetiba kuat la plk..lwn blk, pah tu sy cincang2 ular tu hahaha..lawak plk rasanya..

  8. esya
    September 10, 2011 at 5:49 pm

    btol ke mimpi psl ular melibatkn pasangan hdup??2,3 ari lpas,sy mimpi melihat byk ular kt satu tmpt tp xtau kt mne,ade ular bsar dan ade jgk ular kecil….prnh gak sblm ni sy mimpi ular kjar sy pas2 arwah nenek tbe2 muncul dlm mimpi n ular 2 belit arwah nnek sy,sy nk tarik ular 2,ular 2 gigit tgn sy…hurmmm….byk kali jgk sy mimpi psl ular ni…sblm 2 ade jgk mimpi ular kt dpn rmh sy,ular 2 lalu jer sbelah kreta sy….

  9. esya
    September 10, 2011 at 5:54 pm

    sblm ni sy ade jgk mimpi melihat byk ular sblm mimpi kali yg ke-2 ni…

  10. nana abdullah
    November 19, 2011 at 9:37 am

    Dalam tafsir ibnu sirin, mimpi ular berarti ada orang yang memusuhi kita dan kita harus berhati-hati dalam menghadapi musuh tersebut baik dia kita ketahui atau tidak. Selama 2 bln ini saya pun asyik bermimpi ular, ada ular besar berwarna abu-abu yang kemudian mati dibunuh orang ramai. Hari lain saya mimpi ular putih sangat besar dan panjang berwarna putih dan berkepala bayi, ular tersebut saya tangkap dan saya lempar. Dan pada malam yang lain lagi-lagi saya bermimpi ular tapi ular kali ini kecil berwarna hitam dan saya biarkan saja karena dia ular kecil saja tapi kemudian ada orang suruh saya bunuh ular tersebut tapi ketika saya cari ular tersebut sudah pergi…

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to Zayn Cancel reply