Home > Uncategorized > kisah manusia geleng…

kisah manusia geleng…

Tangan yang menghulur itu terpalit lekatan-lekatan hitam. Kedut kulit tangannya menterjemahkan kelewatan usianya yang menanti masa. Namun sebatang tubuh yang sungguh kusut itu masih menapak di sekitar gerai-gerai makan. Sekali sekala tangannya menepis-nepis rambut kerintingnya yang serabut itu daripada menutupi matanya. dari meja ke meja, dirinya bagaikan anjing yang dihalau saat tangan menghulur meminta belas. Tiadakah barang sebutir nasi dapat melalui kerongkongnya. “ Ah, takde-takde. Orang tengah makan ni.” Pemuda, mungkin dalam usia lewat 20an itu mencemuh sementara mulutnya lahap menelan nasi lemak ayam. Ternganga-nganga seperti setahun tidak makan. Pengemis tua itu mengalih arahnya. Menganguk-ngangguk membuat muka ‘ sebek’ memohon belas andai ada. Tangan kirinya mengusap perutnya yang beralas baju T kusamnya.masih gagal. Oleh kerana pengunjung gerai di situ sudah menyedari bahawa mereka akan menjadi ‘mangsa’ si pengemis ini, maka bersedialah mereka untuk menjadi pura-pura buta dan tuli. Tak dengar-tak dengar. Sayangnya kalau duit melayang bagi kepada seorang pengemis hina begitu. Bukan senang hendak cari duit untuk makan. Mungkin itu kata-kata harapan untuk memujuk hati-hati sang kedekut. Semuanya untuk mulut dan perut sendiri. Ada sepasang mata yang mengekori. Mampirlah hai si pengemis. Rezekimu dari Allah ada di sini. Nasi di meja tidak terusik. Hanyalah mahu memerhatikan arah si pengemis agar dia dapat menjejakinya. Sepasang mata itu masih menanti. Mahu menapak terus, hatinya bagai tidak kuat untuk menebar sedekah di khalayak. Mampirlah segera hai pengemis. Hampir kesemua meja yang dihampirinya, hanya manusia geleng yang dijumpainya. Manusia mati hati, dan buta hati. Manusia sampai hati melihat manusia hampir mati. Sudahlah hai pengemis, mereka mungkin juga pengemis sepertimu. Baru sahaja tabung ‘pengampu sedekah’ mereka hari itu penuh sehingga membuatkan mereka gila mahu makan. Anggap sahaja mereka begitu. Secara haknya memang begitu. Mereka semua pengemis sepertimu. Yang terlalu sukar mendapat rezeki sehingga takut ‘wang sedekah’ mereka berkurang untuk stok akan datang. Cuma mereka beruntung lebih sedikit daripadamu. Punya kereta, rumah dan pakaian. “ Adik, jom ikut abang.” Sepasang mata itu tidak keruan. Si pengemis terus-terusan di buat seperti anjing. Tangannya masih belum terisi dengan apa-apa. Lihat di atas meja, beg tangan Gucci, dan jam tangan Montblanch. Meminta daripada manusia geleng lagi miskin jiwa, memang itulah habuannya. “ Abang nak pi mana?” Si adik terpaksa melepaskan cebisan kepak ayam yang tersangkut di rahang giginya. Gocoh benar abangnya menyambar tangannya. “ Tu, nampak tu? Yang pak cik tua tu.” Si abang menghulur telunjuk ke arah si pengemis. Si adik mengangguk-angguk. Kepala yang tidak gatal digaru. “ Ni, ambil ni. Bagi kat pak cik tua tu ya.lepas tu adik ambil arah yang lain untuk mai ke sini balik.” Si abang menggenggam tangan adiknya. Mudah-mudahan cukup untuk si pengemis. Si adik melangkah menghampiri si pengemis yang tersandar di tiang lampu melihat jika ada mata-mata yang mahu memanggil dirinya. Sepantas kilat, si adik menegur si pengemis menjabat tangan dengan berisikan sedikit ‘rezeki’. Bukan sedekah, tetapi itulah rezeki milik si pengemis yang Allah hantarkan melalui manusia lain. Ambillah, jangan rasa diri itu dibelas dan janganlah rasa rendah diri kerana harus menagih simpati. Itulah bahagianmu yang ada dalam jagaanku. Subhanallah! si pengemis bercucur air mata. Wajah mendungnya bagai diterangi cemerlang cahaya purnama. Dia lantas mendekati si penjual nasi yang hanyut sebentar melayan manusia geleng gopoh mengisi perut-perut mereka. dengan hidangan nasi berlauk ayam goreng rempah, si pengemis girang menghadap bahagian rezekinya hari itu.sempat lagi dia menadah tangan sambil matanya memejam rapat sebelum rezeki itu dinikmati. Entah apa yang didoakannya. Hai pengemis, tidaklah engkau harus menjadi seperti ini jika ada yang mahu peduli denganmu. Jikalau si kaya tidak terusan-terusan kaya, dan si miskin terusan-terusan papa. Jikalau wangmu tidak terus berlegar-legar di kalangan si kaya sehingga kau harus terkinja-kinja menagih simpati si kaya. “ Adik nampakkan apa yang pak cik tua tu buat? Lepas adik bagi duit pa cik terus beli makan kan?” Muka si adik tergambar kepuasan yang tidak pernah dirasainya. “ Seronok tak tengok orang lain seronok?” Angguk-angguk.penuh senyuman. Hai adik, itulah kepuasan! Puas kerana dapat memberi. Puas kerana melihat orang tersenyum gembira. “ Jangan risau bagi duit kat orang. Nanti Allah ganti 10 kali ganda duit yang adik bagi tu. Tak nak?” “ Nak abang!” tangan si abang mengusap-usap kepala si adik. Mengertilah hai adik, jadilah tangan yang memberi. Itulah kepuasan yang tidak dapat dibeli.

EPILOG : Kisah benar bukan rekaan. Dari mana mahu mencari punca? Punca kenapa ramai yang menjadi manusia geleng saat tangan mahu menghulur. Tetapi sungguh mengangguk saat menjadi tangan yang menerima. Sungguh hairan!

:::>>> renungkan..pikirkan n amalkan <<<<:::

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: